Friendster paling popular di Malaysia
LAMAN web ke tujuh terbesar di dunia serta rangkaian sosial nombor
satu di Asia, Friendster Inc. mengumumkan www.friendster.com sebagai
laman sosial nombor satu di Malaysia.
Menurut agensi pengukuran
Internet terkenal ComScore.com, Friendster menerima pelawat empat kali
ganda lebih ramai berbanding laman Facebook. diikuti oleh laman spm07, hhe
Rangkaian Friendster juga lebih terkenal daripada laman Myspace di Malaysia.
Laporan daripada Newscom.com pula, Friendster menerima 3,024,000
pelawat unik pada Mei 2008. Manakala Facebook dan Myspace masing-masing
sebanyak 758,000 dan 735,000.
Purata pengunjung unik Friendster mengikut lingkungan umur iaitu:
-
15 hingga 24 tahun, Friendster menerima lima kali lebih besar
berbanding Facebook dan empat kali lebih besar berbanding Myspace.
1,700,000 yang melawat Friendster, Facebook sebanyak 325,000 dan
Myspace pula 386,000.
- 25 hingga 34 tahun, dianggarkan sebanyak
2.5 kali lebih besar berbanding Facebook dan 4.5 berbanding Myspace.
Sebanyak 727,000 pengunjung unik Friendster,
253,000 Facebook dan 156,000 Myspace.
-
35 hingga 44 tahun, pelawat Friendster 3 kali lebih besar berbanding
Facebook dan Myspace. hampir 348,000 pelawat unik di Friendster,
Facebook 110,000 dan Myspace 105,000.
- Manakala 45 hingga 54
tahun, pelawat unik Friendster berkurangan menjadi 131,000 manakala
Facebook sebanyak 47,000 dan MySpace 37,000.
Pengarah Pemasaran
dan Pegawai Perhubungan Friendster, Jeff Roberto berkata, Malaysia
dikenali sebagai pelawat paling ramai di Friendster kerana kebanyakan
pengguna Internet di Malaysia melawat Friendster setiap bulan.
“Data comScore pula menunjukkan mereka ini dikalangan remaja berumur 16
tahun, pelajar kolej serta ahli profesional antara 20-an dan 40-an.
“Terdapat pengguna yang mengakses Friendster daripada peralatan mudah
alih dan kafe Internet namun data comScore tidak dapat mengakses trafik
terbabit walaupun sebenarnya pelawat di kalangan ini memang ramai di
Malaysia,” katanya.
Menurut beliau, tiga suku pengguna Facebook memasuki Friendster dan lebih tiga suku pengguna MySpace mengikut jejak yang sama.
Katanya lagi, Friendster turut mendahului rangkaian sosial lain di
Malaysia yang pertama menyediakan laman Bahasa Melayu dan laman khas
untuk telefon bimbit iaitu m.friendster.com yang juga dalam Bahasa
Melayu.
Sumber:http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Wednesday/itMetro/20080820101524/Article/indexv_html
|