|
Cara Mengingat Dengan Berkesan |
|
|
|
|
Ditulis oleh syncro
|
|
Isnin, 19 Mei 2008 |
Langkah-langkah yang menentukan keberkesanan mengingat
1.Kuatkan keinginan untuk mengingat.
2.Dapatkan pengertian yang sebenar-benarnya dan fahamkan apa yang dibaca.
3.Belajarlah dengan kaedah-kaedah aktif termasuk memberi perhatian yang
teliti, mendengar dengan teliti, berbincang membuat nota-nota ringkas
dan menulis esei.
4.Fikirkan kita mencari pengesan sesuatu bentuk. Aturlah bahan-bahan
yang akan dipelajari mengikut susunan yang logik dan nomborkan isi-isi
penting.
5.Selalulah mengulangkaji.
6.Carilah perkataan-perkataan yang akan menjadi kunci atau rangkaikata-rangkaikata yang boleh dijadikan punca sesuatu idea.
7.Gambarkan idea-idea itu menerusi contoh-contoh, penjelasan, gambar dan gambar rajah.
8.Bagi perkara yang dihafal, tulislah di dalam buku-buku kecil (saiz poket) atau kad-kad. Bacalah nota-nota ini berulang kali.
9.Cubalah mengingati faktor-faktor yang mudah anda lupa dengan
mengaitkannya pada suatu faktor yang berkaitan, seperti di mana anda
membaca bahan tersebut, dengan siapa anda berbincang mengenainya dan
sebagainya.
10.Pelajarilah berulang-ulang dan bersungguh-sungguh sehingga semua
faktor tersebut telah anda kuasai sepenuhnya. Ujilah kemampuan anda
secara berperingkat dengan mengadakan latihan-latihan mengingat semula
sehari selepas itu, seminggu kemudian, dua minggu kemudian dan
seterusnya.
11.Cuba gunakan apa yang telah anda pelajari untuk praktikal.
|
Mei 19, 2008
219.92.235.170
Undian: +0