Clicky

SOUTUL QALB ( voice of heart ) PDF Cetak E-mail
(0 votes)
Ditulis oleh nur afiah ab rahman   
Isnin, 12 Januari 2009

Ada beberapa persoalan yang berkaitan dengan CINTA di mana ramai orang yang tertanya-tanya adakah ia dibenarkan syara' ataupun tidak? Antara soalan - soalannya :

1) Apakah cinta yang sebenarnya menurut Islam?

2) Bolehkah umat Islam atau manusia yang bukan muhrim bercinta sebelum kahwin? Jika boleh bagaimana pendekatan dalam Islam?

 Jawapan yang dberikan dikalangan para ulama' :

1) Cinta adalah fitrah ( komponen semulajadi manusia ) . Firman Allah, " Fitrah Allah yang telah menciptakan manusia  menurut fitrah itu. tidak ada perubahan pada fitrah itu. "  maksud surah arRum : 30

Imama Ibn Qayyim yang menjelaskan cinta adalah fenomena universal dan ia memberi kesan yang mendalam kepada jiwa manusia hinggakan dalam sastera arab menghasilkan lebih dari 60 istilah cinta. Dunia Melayu pun apa kurangnya.

 Syaikh ( aMarhum ) Abdullah Nasih Ulwan berpendapat : Islam mengiktiraf cinta yang bersemi pada setiap individu dan Islam telah menggariskan 3 tahap cinta :

  • Cinta agung : Cinta kepada Allah, Rasul dan Islam serta berjihad membuktikannya
  • Cinta pertengahan : Cintakan sesama manusia : ibubapa, anak-isteri, kaum kerabat dan sahabat handai
  • Cinta bawahan : menyintai sesuatu melebihi cinta kepada Allah, Rasul dan Islam

2) Syaikh Atiyyah Saqr menjawab : kenapa tidak? Cinta adalah suci, cinta dalam bentuk apa sekalipun dibolehkan syara' asalkan tidak dikotori dengan niat dan aksi kotor, ia mestilah tidak bercanggah dengan hukum - hukum syara' dan diiringio dengan cinta yang diredhai oleh Allah.

Cinta sejati boleh dibina sebelum berkahwin asalkan cinta yang direstui agama, dilahirkan dan dipupuk melalui saluran agama. Islam tidak menentang cinta kerana cintalah asas dalam ibadah antara hamba dengan Penciptanya; manakala cinta jugalah asas kepada pembentukan sebuah keluraga Islam yang harmonis.

Cinta yang dibanteras oleh Islam ialah cinta yang dicemari dnegan maksiat dan menuruti hawa nafsu; manakala mereka yang memupuk cinta tetapi tetap berpegang kepada ajaran Allah dan mengikuti saluran syara' adalah diharuskan syara' dan seterusnya memadu cinta melalui jalan pernikahan yang sah dan halal

 

rujukan :

  1. Syaikh ( Prof ) Abdullah Nasih Ulwan, Islam wal Hubb ( Islam dan Cinta )
  2. Syaikh Atiyyah Saqr, Islam wa Musykilatul Hayah ( Islam dan Permasalahan Hidup )
  3. Ibn Qayyum alJauziah, Raudhah  alMUhibbin wa Nuzhah alMusytaqin (Taman Orang - Orang yang Bercinta dan Kerinduan )

 

 

 

feed1 Komen
Nurul Syifak Bt. Mohamad Shakir
Februari 08, 2009
41.233.11.19
Undian: +0

Cintailah Allah seperti Nabi Muhammad mencintai Tuhannya,
kelak kau akan menemukan cinta sejati,
Rinduilah Allah seperti Rabiatul Adawiyah merindui Tuhannya,
Kelak kau akan merasa terisi jiwa di sepanjang kehidupanmu..

insyaAllah, amiin

smilies/wink.gif smilies/smiley.gif

report abuse
vote down
vote up

Tulis komen.
Anda perlu daftar masuk untuk menulis komen. Sila daftar jika anda tiada akaun lagi.

busy
 

Kami ada 19 tetamu online
Jumlah Pelawat Kami

Kami ada 0 ahli online