| Even computers hate what’s going on 2 |
|
|
|
| Ditulis oleh AreLief | |
| Ahad, 06 Julai 2008 | |
|
Bursa Malaysia must ensure the technical glitch that saw trading suspended yesterday does not happen again. Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi said Bursa Malaysia must act quickly to fix the problem which was certain to put the Malaysian markets and economy in a negative light. mstaronline 3 Julai 2008 KUALA LUMPUR: Tiada urus niaga di Bursa Malaysia hari ini kerana bursa itu menghadapi kegagalan sistem, yang menimbulkan spekulasi di kalangan pelabur yang cemas. Lewat petang ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, beliau tidak mahu masalah yang sama berulang sambil menegaskan bahawa ia tiada kaitan dengan perkembangan politik tanah air. Wartawan mStar Online melaporkan, Abdullah menolak andaian Bursa Malaysia yang digantung pada hari ini berpunca daripada faktor keselamatan dan ketidakstabilan politik negara. Abdullah berkata, beliau diberitahu bahawa penggantungan Bursa Malaysia adalah disebabkan oleh masalah teknikal, justeru beliau tidak mahu membuat sebarang andaian kerana ia akan memberi implikasi yang tidak baik ke atas sentimen pasaran. “Saya tidak mahu buat andaian kerana ia akan memberi implikasi yang tidak baik kepada sentimen pasaran. “Bagaimanapun, saya nak jelaskan, keselamatan negara terkawal,” kata beliau. Abdullah berkata, tidak ada sebab untuk mengaitkan penggantungan Bursa Malaysia dengan faktor keselamatan kerana negara masih selamat. “Keduanya, jika ia disebabkan ketidak stabilan politik, memang Umno sedang sibuk dengan pemilihan parti, tapi ini bukan kali pertama. Dulu pun sibuk juga. “Selain itu, isu-isu di Parlimen juga begitu aktif dan riuh tapi itu tidak boleh dianggap sebagai ketidakstabilan politik,” katanya. “Selain itu, (isu) nak adakan rally itu adalah rancangan Datuk Seri Anwar (Ibrahim). Mungkin ini menyebabkan orang tidak senang hati tetapi rakyat tetap nak adakan rally. “Bagaimanapun, selepas itu, semua orang takut. Itu yang saya hairan,” katanya. Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Yusli Mohamed Yusoff berkata, Bursa Malaysia yakin dagangan di pasaran akan disambung semula seperti biasa esok. Beliau berkata bursa itu berjaya menyelesaikan semua masalah teknikal yang menyebabkan dagangan digantung sepanjang hari ini. Yusli dipetik Bernama berkata, masalah itu berpunca daripada sistem dagangan ekuiti yang mengalami kerosakan perkakasan. “Bagaimanapun, pasaran derivatif dan bon, sistem penjelasan, penyelesaian dan depositori tidak terjejas,” katanya kepada sidang akhbar yang dibuat selepas dagangan digantung di Bursa sepanjang hari. Yusli juga menafikan khabar angin bahawa penggantungan itu dikaitkan dengan sebarang perkembangan politik. Terdahulunya Bursa mengumumkan dagangan digantung bagi sesi pagi. Kemudiannya, semasa rehat tengah hari, ia berkata dagangan akan disambung semula pada 2.30 petang. Bagaimanapun sejurus sebelum 2.30 petang, Bursa sekali lagi membuat pengumuman menyatakan dagangan tidak akan disambung pada 2.30 petang. Pada 3.40 petang, Bursa tersebut mengumumkan dagangan akan terus digantung sehingga 5 petang apabila pasaran biasanya ditutup. “Kami berusaha untuk menyambung semula dagangan pada tengah hari daripada tapak utama tetapi mengalami masalah sambungan. Hanya 30 daripada 152 tapak yang mewakili 13 broker boleh beroperasi. “Kami kemudiannya memutuskan untuk menggantung dagangan sepanjang hari,” katanya. Yusli berkata, Bursa Malaysia itu akan mengkaji semula semua sistemnya.”Kami menjangka melancarkan sistem baru dalam tempoh beberapa bulan lagi. Kami sedang berada di peringkat akhir melancarkan sistem yang di panggil Bursa Trade Security.
“Tiada bursa di dunia yang boleh memberi jaminan sistemnya tidak akan mengalami kegagalan.” Kali terakhir Bursa Malaysia mengalami kegagalan sistem ialah pada Jun 2000 apabila dagangan dihentikan setengah hari berikutan masalah teknikal. Beliau menganggarkan kerugian hari ini berdasarkan kepada yuran pembrokeran ialah pada RM450,000 kerana jumlah dagangan yang didagangkan agak kecil sejak beberapa hari lepas. Menurut Yusli, 153,000 saham daripada 15 kaunter dari lapan tapak broker dipadankan, tetapi apabila pasaran digantung sepanjang hari, semua tempahan dipadankan telah dibatalkan.
Bagi indeks, beliau berkata, nilai bagi Rabu (semalam) terpakai untuk sesi dagangan seterusnya. Menjawab soalan lain sama ada pelabur akan hilang keyakinan disebabkan penggantungan itu, Yusli berkata mereka seharusnya menumpukan kepada fundamental. Tulis komen.
Anda perlu daftar masuk untuk menulis komen. Sila daftar jika anda tiada akaun lagi.
|
|
| Terakhir dikemaskini ( Isnin, 29 September 2008 ) |













